Hukum Berkaitan Hantaran Pertunangan

Hantaran pertunangan merupakan suatu perkara yang mula mendapat tempat di kalangan masyarakat sejak beberapa dekad yang lalu. Hantaran yang bertujuan untuk mendekatkan hati pihak perempuan dengan pihak lelaki yang meminangnya sebelum melalui detik2 manis berumah tangga umpama adat yang tidak dapat dipisahkan lagi dari masyarakat kita masa kini. Kebiasaannya pihak perempuan akan menerima perhiasan2 yang berharga dari pihak lelaki sebagai gantirugi sebelum mendapat mas kahwin sebagai modal persiapan kelengkapan dan isi rumah bakal isteri tersebut dan juga sebagai permulaan kepada perkongsian hidup dan saling bantu membantu antara mereka. Menurut istilah dari Akademi Bahasa Arab hantaran pertunangan ini bermaksud hadiah yang diberikan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan yang ingin dikahwininya sebagai tanda pertunangan antara mereka sebelum termeterainya ikatan yang sah antara mereka. Secara kelazimannya, hantaran pertunangan ini meliputi barang2 yang berharga dan adakalanya pula meliputi perhiasan2 yang bernilai atau sejumlah wang ringgit. Nilai hantaran ini pula berbeza2 bergantung kepada kemampuan pihak lelaki dalam menyediakan hantaran tersebut.

Sebenarnya Ahli2 Feqah terdahulu telah membincangkan mengenai hukum hadiah pertunangan yang diberikan pihak lelaki kepada wanita yang dipinanginya tetapi golongan Ahli Feqah ini tidak pula membincangkan berkaitan hantaran pertunangan ini. Ini kerana perkara ini hanya berlaku sejak beberapa dekad kebelakangan ini sahaja. Jika melihat kepada nilai hantaran tersebut Ahli2 Feqah kontemporari berselisih pendapat adakah hantaran tersebut dikategorikan sebagai hadiah atau mas kahwin atau ada hukum yang khas baginya khususnya apabila terputusnya ikatan pertunangan sebelum termeterai ikatan perkahwinan antara mereka. Sepertimana yang disebut oleh Ijmak hantaran pertunangan ini akan menjadi hak si isteri sepenuhnya apabila terjalinnya ikatan perkahwinan antara mereka. Ijmak juga ada menyebut sekiranya berlakunya perpisahan sebelum termeterai ikatan perkahwinan dibolehkan diadakan perbincangan di antara kedua2 pihak di dalam pembahagian hantaran pertunangan tersebut mengikut keredhaan masing2 berdasarkan syarat dan perjanjian di antara mereka. Hal ini bertepatan dengan dalil yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang berbunyi :

أن النبي قال : المسلمون عند شروطهم

maksudnya : Orang2 Islam itu mempunyai ikatan dengan syarat2 mereka. Tetapi sekiranya tiada apa2 perjanjian dan syarat antara mereka apabila berlakunya konflik tersebut, maka Ahli2 Feqah masa kini berselisih pendapat siapakah yang lebih berhak ke atas hantaran pertunangan tersebut.

PENDAPAT PERTAMA : Pihak perempuan mempunyai hak secara mutlak ke atas barang2 hantaran pertunangan tersebut. Ini merupakan pendapat dari sebahagian Ahli Fiqh.

Hujah pertama bagi pendapat ini ialah berdasarkan apa yang disebut oleh pendapat yang masyhur dari Al-Maliki bersandarkan kepada hukum hibah yang meletakkan hak sepenuhnya kepada si penerimanya. Hantaran pertunangan ini dikira sebagai hibah dan tiada mempunyai ikat kepada akad perkahwinan. Ini kerana tanpa hantaran pertunangan ini juga akad perkahwinan tetap dikira sah. Hibah ini dikategorikan sebagai hukum yang umum bagi Jumhur Ulama' tetapi berbeza bagi Hanafiah yang mengkategorikan hibah ini sebagai akad pemberian yang lazim yang tidak boleh diambil semula dari si penerimanya. Hal ini bersandarkan dalil yang dikeluarkan oleh Al-Bukhari yang berbunyi :

عن ابن عباس أن النبي قال العائد في هبته كالكلب يقيء ثم يعود في قيئه

yang bermaksud : Individu yang mengambil semula barang pemberiannya umpama seekor anjing yang muntah kemudian menjilat semula muntahnya sendiri.

PENDAPAT KEDUA : Hantaran pertunangan tersebut merupakan hak pihak lelaki secara mutlak. Ini juga merupakan pendapat dari sebahagian Ahli Fiqh.

Hujah bagi pendapat ini ialah seperti yang disebut oleh Mazhab Shafie bagi hukum hadiah pertunangan. Mazhab Shafie berpendapat hadiah pertunangan tidak dikira sebagai hukum hibah secara mutlak. Ini kerana hadiah pertunangan sebagai syarat untuk menyempurnakan ikatan perkahwinan. Jika ikatan perkahwinan tidak dapat disempurnakan maka wajib bagi pihak perempuan mengembalikan hadiah yang diterimanya dari pihak lelaki tersebut. Ini kerana sebahagian dari Ahli Feqah dan Mahkamah Asasi Mesir beranggapan hantaran pertunangan tersebut hanya sebagai hadiah bukan sebagai tanda atau tali pengikat kepada akad perkahwinan. Akad perkahwinan tetap sah walaupun tidak disertai dengan hantaran tersebut.

PENDAPAT KETIGA : Hantaran pertunangan tersebut menjadi hak pihak lelaki jika tiada penghalang untuk dikembalikan hibah tersebut. Ini merupakan pendapat sebahagian Ahli Feqah dan dipraktikkan oleh Mahkamah Sivil Mesir.

Hujah bagi pendapat ini ialah sepertimana yang disebut oleh Mazhab Hanafi bagi hukum kembalikan barang hibah. Ini kerana hantaran tersebut dikira sebagai hibah sebagai tanda pertunangan. Pertunangan pula bukanlah satu rukun atau syarat sah untuk termeterainya ikatan perkahwinan. Dan sekiranya berlaku pertengkaran di antara kedua2 pihak ini ketika waktu pertunangan tersebut ianya tidak terikat dengan ikatan perkahwinan. Apabila perkara ini berlaku hantaran pertunangan itu akan menjadi milik bakal isteri pihak lelaki tersebut kecualilah adanya penghalang untuk mengembalikan hibah tersebut bersandarkan apa yang disebut oleh Mazhab Hanafi yang dipraktikkan oleh Undang2 Sivil Mesir pada kanun yang ke-500 yang menyebut : " Si pemberi dibolehkan mengambil semula barangan pemberiannya dari pihak penerima sekiranya pihak penerima itu membenarkannya. Tetapi sekiranya pihak penerima tersebut tidak membenarkan maka si pemberi boleh menuntut haknya dari pihak berkuasa untuk dikembalikan barangan tersebut kepadanya selagi tiada penghalang baginya untuk mengambil semula pemberiannya itu ". Menurut kanun yang ke 502 permohonan untuk dikembalikan barangan pemberian akan ditolak sekiranya adanya penghalang2 seperti berikut :
PERTAMA - Mati salah satu pihak bagi akad hibah tersebut. KEDUA - Barangan pemberian itu telah rosak ketika berada di tangan si penerimanya. KETIGA - Hibah tersebut dikira sebagai sedekah dan amal jariah dari pihak pemberinya.

PENDAPAT KEEMPAT : Hantaran pertunangan itu hak yang berkaitan dengan mas kahwin. Ketika di dalam tempoh pertunangan sebelum berlakunya akad perkahwinan pihak lelaki berhak ke atas hantaran tersebut. Ketika di dalam tempoh akad tetapi masih belum melakukan hubungan kelamin hantaran tersebut hak bersama di antara suami dan isteri tersebut. Tetapi apabila berlakunya hubungan antara mereka hantaran tersebut menjadi hak si isteri sepenuhnya. Ini merupakan pendapat yang dikeluarkan oleh Dar Al-Ifta' Mesir melalui fatwa yang ke-31 pada tahun 1970 dan juga merupakan pendapat kebanyakan Ahli Feqah masa kini.

Hujah bagi pendapat ini ialah sudah menjadi kebiasaan seperti yang diamalkan oleh kebanyakan negara2 Arab menjadikan hantaran pertunangan itu sebahagian dari mas kahwin bahkan sudah menjadi kebiasaan masyarakat mengurangkan nilai mas kahwin dengan nilai hantaran yang diberikan jika dipersetujui oleh pihak perempuan dan akan menambah nilai tersebut sekiranya tidak dipersetujui oelh pihak mereka. Hujah kedua bagi pendapat ini ialah hantaran ini sebagai tanda pertunangan antara kedua2 pihak dan ianya bukanlah rukun bagi akad perkahwinan tersebut. Tetapi ianya merupakan ikatan kepada permulaan hubungan yang sah di antara mereka. Maka wajib dikategorikan hantaran itu sebagai hukum yang berkaitan dengan akad pernikahan bukannya sebagai hibah secara mutlak. Dan mas kahwin juga bukannya dari rukun akad perkahwinan tersebut tetapi ianya mempunyai ikatan dengan hukum tersebut.

Jadi jelaslah di sini perkembangan pengetahuan manusia memberi impak yang cukup besar dengan wujudnya beberapa isu fiqh kemasyarakatan yang penting ini dan di antara isu tersebut ialah isu hantaran pertunangan ini khususnya apabila berlakunya pertelingkahan di antara kedua2 pihak dan dalam masa yang sama tiada perjanjian yang disepakati di antara mereka sehingga menyebabkan impian untuk mendirikan rumah tangga tersebut musnah sama sekali. Jika kita lihat perselisihan dari segi Fiqh dan Undang2 telah menatijahkan pandangan yang berbagai sehingga masih lagi ragu2 dalam meletakkan hukum hantaran itu kepada kategori hadiah atau mas kahwin. Undang2 Mesir memilih pendapat yang ketiga iaitu meletakkan hukum hantaran itu kepada hibah yang boleh dikembalikan kepada si pemberinya jika tiada sebarang halangan sepertimana yang disebut oleh Ahli Feqah dari Mazhab Hanafi. Tetapi pendapat yang keempat iaitu melihat hantaran pertunangan itu sebahagian dari mas kahwin merupakan pendapat yang terpilih bagi isu ini berdasarkan kekuatan dalil dan hujah yang dikeluarkan. Ini kerana pemberian hantaran pertunangan tidak membataskan pihak lelaki untuk memberi hadiah2 yang lain apabila menyambut perayaan2 kemasyarakatan yang lain. Terbuktilah hantaran pertunangan itu tidak dikategorikan sebagai hukum hibah.

0 comments:

Post a Comment