Pengguguran Bayi Bagi Ibu Yang Menghidap AIDS

Setiap hari kita dpt mendengar berita-berita dari media massa berkaitan penularan wabak AIDS. Menurut kajian dari pihak perubatan dan sains, nisbah berpindahnya wabak AIDS dari seorang ibu yang mengandung kepada kandungannya ketika waktu hamil hanya satu nisbah yang sangat kecil iaitu tidak melebihi 10 peratus. Dan perkara ini tidak berlaku kecuali pada bulan-bulan akhir kehamilan.

Akibat dari perkara inilah telah timbul satu masalah di dalam masyarakat pd masa kini iaitu menggugurkan kandungan tersebut bagi ibu yg menghidap AIDS ini untuk mengelakkan lahirnya seorang bayi yang djangkiti virus AIDS ini. Ini kerana virus ini akan lebih cepat merebak kepada bayi tersebut berbanding ibunya kerana antibodi badannya yang masih lemah dan belum kuat utk melawan virus tersebut. Perubatan moden masa kini menimbulkan kemungkinan proses penguguran ini dilakukan lebih awal utk memelihara masyarakat dari turut djangkiti virus ini.

Ahli-ahli Feqah pada masa kini berbeza pendapat mengenai masalah pengguguran bayi bagi ibu yang menghidap penyakit AIDS ini :

PENDAPAT PERTAMA : Dibolehkan bagi ibu yg menghidap AIDS ini menggugurkan kandungannya sebelum peringkat ditiupkan roh iaitu sebelum smpai tempoh 40 hari kehamilannya. Dan ada juga pendapat yang mengatakan sebelm tmpoh 120 hari. Pendapat ini merupakan pendapat yang dikeluarkan oleh Dar Al-Ifta' Mesir di dalam himpunan fatwa-fatwa mereka.

Hujah mereka bagi pendapat yang pertama ini ialah janin yang masih belum ditiupkan roh ini dihukumkan hanya sebagai gumpalan darah, cairan atau hanya sebgai ketumbuhan sepertimana mengikut pendapat jumhur mazhab. Darah dan cairan ini haram untuk di ganggu ketika di dalam rahim ibu. Tetapi jika terbukti si ibu tersebut mhidap AIDS maka bayi tersebut turut terdedah kepad virus AIDS ini. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku maka dibolehkan menggugurkan darah (janin) tersebut.

PENDAPAT KEDUA : Tidak dibolehkan sama sekali utk menggugurkan bayi tersebut kecuali di dalam keadaan darurat dengan tujuan untuk menyelamatkan ibu tersebut. Pendapat ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Perubatan Islam pada Muktamar mereka yg ke-7 yg diadakan di Kuwait pada tahun 1993 kemudian dijadikan sebagai satu resolusi oleh Pertubuhan Persidangan Islam melalui persidangan mereka yang ke-9 pada tahun 1995.

Hujah mereka bagi pendapat ini ialah melalui dalil larangan untuk membunuh individu seperti yang temaktub di dalam Al-Quran :

قال الله تعالى : ولا تقتلوا أنفسكم

Selain itu mereka juga menyatakan berpindahnya virus AIDS ini dari ibu yang mengandung kepada janinnya merupakan satu perkara yg jarang berlaku kecuali smpainya janin itu ke peringkat selepas ditiupkan roh. Maka tidak boleh utk menjatuhkan hukum ke atas roh tsebut.

PENDAPAT KETIGA : Dibolehkan bagi ibu yg dijangkiti AIDS menggugurkan bayi tersebut sebelum sempurnanya penciptaan bayi itu iaitu sebelum berlalunya tempoh 6 bulan kehamilan. Pendapat ini dinyatakan oleh sebahagian dari ahli Feqah.

Hujah mereka bagi pendapat ini ialah seperti yang dikeluarkan dari pendapat Imam Ahamd yang masyhur yang menyatakan sesungguhnya janin ini tidak ada satu hak pun dari segi syarak kecuali telah sempurna padanya gambaran manusia.

PENDAPAT KEEMPAT : Bergantung kepada keadaan. Jika janin tersebut telah dijangkiti AIDS maka boleh digugurkan sebelm tempoh ditiupkan roh, tidak kira samada ibunya dijangkiti AIDS atau tidak. Tetapi jika janin tersebut selamat dari jangkitan tersebut maka tidak dibolehkan utk menggugurnya.

Hujah pendapat ini ialah setiap pengguguran yang berlaku selepas ditiupkan roh ditegah oleh syarak manakala pengguguran yang berlaku sebelum ditiupkan ruh juga pada asalnya di tegah kecuali jika ada maslahah yg membolehkannya.

Pendapat yang dipilih tentang masalah ini ialah pendapat yang pertama iaitu dibolehkan menggugurkan bayi bagi ibu yang dijangkiti AIDS sebelum tempoh 120 hari kehamilan kerana pada tempoh ini ia masih dikira sebagai darah dan ketumbuhan demi untuk memelihara nyawa ibunya.

0 comments:

Post a Comment