Hukum Bera'zal Dari Pasangan Yang Dijangkiti AIDS

Apakah yang dimaksudkan dengan a'zal? A'zal ialah pancutan air mani di luar faraj isteri untuk mengelak berlakunya kehamilan. Para Fuqaha' telah bersepakat dengan mengatakan bolehnya berlaku a'zal ini berdasarkan dalil As-Sunnah yg berbunyi :

عن جابر بن عبد الله قال كنا نعزل على عهد رسول الله والقرآن ينزل

Menurut pandangan dari Mazhab Shafie tidak disyaratkan meminta izin si isteri untuk bera'zal berdasarkan umumnya dalil di atas. Tetapi menurut pandangan dari Jumhur Fuqaha' dibolehkan si suami bera'zal tetapi dengan syarat setelah mendapat keizinan isteri berdasarkan dalil dari Umar Al-Khattab yang berbunyi :

نهي رسول الله أن يعزل عن الحرة إلا بإدنها

Maksudnya : Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW melarang berlakunya a'zal kecuali dengan izin si isteri. Dan Ulama' juga bersepakat si isteri juga tidak dibolehkan bera'zal dari si suami jika tiada keuzuran syari'e seperti haid dan nifas.

Namun selepas mana umat manusia mengetahui tentang penyebaran wabak AIDS yang pertama pada akhir tahun ke-7 dari kurun ke-20 yang mana penyebaran AIDS ini berpindah dari individu ke individu yang lain melalui hubungan persetubuhan dan juga percampuran darah, maka timbulnya perbahasan yang serius di dalam isu masyarakat masa kini tentang suami bera'zal ke atas isteri yang dijangkiti AIDS atau si isteri bera'zal dari suami yang dijangkiti AIDS. Menurut persepakatan Ahli Fuqaha' pada masa kini jika si suami dan si isteri kedua-duanya dijangkiti AIDS maka ia tidak mengubah realiti sebenar tentang hukum a'zal tersebut. Tetapi jika satu pihak sahaja (suami@isteri) yang dijangkiti AIDS, lalu Ulama' pada masa kini berselisih pendapat tentang masalah a'zal ini.

PENDAPAT PERTAMA : Hak ke atas suami@isteri yang sihat untuk mengelakkan diri dari melakukan hubungan persetubuhan tersebut. Tetapi jika dia meredhai untuk melakukannya maka wajib untuknya bera'zal untuk mengelakkan percampuran benih antara mereka. Pendapat ini merupakan pendapat kebanyakan Ulama' pada masa kini dan menjadi satu resolusi pada Muktamar yang ke-7 Pertubuhan Islam bagi Sains Perubatan pada tahun 1993 di Kuwait.

Hujah mereka mengenai pendapat ini ialah hubungan persetubuhan merupakan jalan utama penyebaran wabak AIDS ini. Maka wajiblah ke atas si suami atau isteri yang sihat memelihara diri dari dijangkiti wabak tersebut spt dalil Al-Quran yang berbunyi :

قال الله تعالى : ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة

PENDAPAT KEDUA : Jangkitan AIDS pada si suami atau isteri tidak menghalang mereka untuk melakukan hubungan persetubuhan dan melakukan a'zal ketika persetubuhan tersebut. Ini merupakan pendapat sebahagian dari Ahli Feqah.

Hujah mereka ialah hubungan persetubuhan antara suami dan isteri merupakan salah satu hak ke atas mereka setelah mana terjalinnya ikatan pernikahan. Dan kebarangkalian merebaknya wabak AIDS ini melalui persetubuhan ini hanya nisbah 1:200 kecuali bg suami atau isteri yang telah berada d peringkat akhir jangkitan wabak AIDS ini yang mana nisbahnya meningkat kepada 4:200.

PENDAPAT KETIGA : Melalui ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islami pada Muktamar mereka yang ke-9 pd tahun 1995, para Ulama' tidak meletakkan sebarang hukum mengenai masalah ini. Ini kerana mereka memerlukan kajian ilmu yang mdalam tentang masalah ini.

Hujah mereka ialah jika digabungkan dua hujah yang disebutkan di atas dan penyelidikan ilmu yang terhad tentang virus AIDS ini maka ia memberi kesan tentang hukum yang bakal diletakkan mengenai masalah ini.

Jadi melalui perbahasan mengenai pendapat di atas, jelaslah di sini masalah ini memerlukan kepada kajian yang mendalan di dalam bidang perubatan mengenai cara mencegah dan merawat wabak AIDS ini dan bagaimana untuk bergaul dan menjalani kehidupan dengan orang yang dijangkiti AIDS ini. Namun penulis buku ini mengambil pendapat yang mana wajib untuk si suami atau isteri bera'zal dari pihak yang dijangkiti AIDS ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dan pihak yang dijangkiti AIDS ini juga wajib untuk memaklumkan dengan segera kepada pihak lain sebelum mereka bertemu sebagai langkah berjaga-jaga.

0 comments:

Post a Comment