Sewaan Yang Berakhir Dengan Pemilikan

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah yg tertera di atas? Sewaan yg berakhir dgn pemilikan ini atau lbh dkenali sbg belian scra sewaan merupakan satu kaedah muamalat masa kini yg menyerupai belian scra ansuran. Kaedah ini pd awalnya digambarkan dgn akad sewaan kemudian pd akhirnya dikira sbg akad jual beli scra hakikatnya. Kaedah ini merupakan kaedah yg baru di dalam muamalat yg mn kaedah ini tdk prnh dsebut di dlm ilmu turath sblm ini.

Kaedah ini mula berkembang sejak terkenalnya istilah ini pd thn 1846 melalui Undang-Undang Sivil Perancis dan kemudiannya diikuti oleh Undang-Undang Negara Arab spt Mesir,Syria dan Iraq. Gambaran jelas akad ini spt yg didatangkan oleh Undang-Undang ini ialah : 2 pihak bersepakat yg mn salah seorang dr mereka akan menyewa brg yg sesuai utk dijadikan akad sewaan dr pihak yg lain spt tanah,rumah atau kereta dlm tempoh yg ditentukan dgn nilai sewaan yg disepakati samada melalui pmbyran ansuran scra blnn atau tahunan atau kedua2nya. Bila mana si penyewa ini blh mengikuti apa yg disepakti oleh mereka dgn membyr sbhgn dr ansuran tsebut maka brg sewaan itu bpindah ke atasnya dan dlm masa yg sama dia masih lg mempunyai hak utk menyelesaikan baki ansuran tsebut. Akad sewaan ini akan berkekalan antara kedua-dua pihak spnjg tmph yg disepakati antara mereka tetapi kemudiaannya akan bertukar hak pemilikan brg tersebut dgn akad belian yg sah bila mn si penyewa melangsaikan kadar ansuran yg terakhir yg wajib ke atasnya sblm memiliki brg tsebut.

Kaedah belian scra sewaan ini bukanlah merupakan kaedah yg terbaik jika dibandingkan dgn belain scra ansuran. Ini krn kaedah ini menggabungkan 2 akad di dlm 1 akad (sewaan & belian) dan juga terdpt padanya unsur2 riba yg mn kedua2nya ini merupakan antara larangan yg tlh dttpkan oleh syarak. Maka Ahli2 Feqah pada masa kini tlh bselisih pndpt ttg hukum kaedah belian scra sewaan ini.

PENDAPAT PERTAMA : Belian scra sewaan ini tidak dibolehkan sama sekali oleh syarak.

Mereka bhujah berdasarkan dalil As-Sunnah yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah yg berbunyi :
أن النبي نهى عن بيعتين في بيعة
yg bermaksud sesungguhnya Nabi Muhammad SAW melarang berlakunya 2 transaksi di dlm 1. Jadi jlslah di sini Nabi Muhammad SAW melarang berlakunya prkara ini. Maka belian scra sewaan ini yg mgabungkan akad sewaan dan juga akad belian ini juga diharamkan syarak.

PENDAPAT KEDUA : Syarak membenarkan berlakunya belian scra sewaan ini. Pendapat ini merupakan pendapat kebanyakan Ahli-ahli Feqah yg menyertai Simposium Fekah yg pertama bagi sistem kewangan Kuwait yg kemudiannya dijadikan satu resolusi oleh Akademi Fiqh Islami melalui Persidangan Pertubuhan Islam yg ke-12 pd thn 2000.

Golongan ini berhujah berdasarkan dalil Al-Quran yg berbunyi:
قوله تعالى : يأيهاالدين آمنواوفوابالعقود
yang bermaksud : wahai orang-orang yg beriman penuhi dan sempurnakanlah segala perjanjian. Selain itu mereka juga berhujah berdasarkan dalil As-Sunnah yg berbunyi : المسلمون عند شروطهم

Golongan ini juga menyatakan bahawa kaedah belian scra sewaan ini merupakan kaedah muamalat yg baru. Maka asal2 kaedah dibolehkan syarak slagi tdk ada dalil yg mharamnya. Selain itu kaedah belian scra sewaan ini juga mgabungkan 2 akad di dlm 2 wktu yg berbeza. Hal ini tdk diharamkan syarak krna syarak hanya mharamkan bgabungnya 2 akad di dlm 1 masa.

Pendapat yg dipilih bagi masalah belian scra sewaan ini ialah pndpt kebanyakan Ulama' iaitu dibolehkan kaedah belian scra sewaan ini bdasarkan kekuatan dalil yg didatangkan oleh mereka di smping bertepatan dgn kehendak syariat utk memudahkan sgla urusan & mengelak sbrg kesulitan.

0 comments:

Post a Comment