Hukum Penggunaan Kad Kredit

Mesti pembaca semua prnh dgr istilah ini kan? Dan mgkn juga ada yg tlh memilikinya. Menurut Kamus Oxford : Kad kredit mbawa maksud satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran (Hutang). Kad Kredit mula diperkenalkan pd pertengahan kurun ke-20 dgn tujuan utk memudahkan pengaliran dan perpindahan wang. Kemudian penggunaan kad kredit ini smkn berkembang yg mn mjadikan kad ini sesuai utk tujuan pinjaman (pengeluaran wang dr akaun) dan memudahkan pemegang2 kad kredit ini utk tujuan yg pelbagai. Pada awal pengeluaran kad kredit ini iaitu pd thn 1920 penggunaannya amat terhad yg mn sesetengah Syarikat Perniagaan Amerika mengeluarkannya hanya utk memudahkan pemegang2nya melakukan proses pbyran. Namun pd thn 1950 Diners Club tlh mbangunkan ciptaan kad kredit ini dgn mengeluarkan kad kredit yg pertama yg mempunyai pelbagai fungsi. Bermula dr sini lah penggunaan kad kredit ini smkn meluas dan bkembang dgn pesatnya.

Antara kad kredit yg diterima di peringkat global ialah Master Card, Visa, Euro Card, Diners Card dan American Express Card. Semua kad ini mempunyai persamaan di antara satu sama lain dan cuma mempunyai perbezaan kecil dr segi jenis dan had penggunaannya.

Namun disebalik perkembangan pesat penggunaan kad kredit ini, adakah ianya menepati kehendak hukum yg ditetapkan oleh syarak atau berlaku sebaliknya. Ulama' pada masa kini berselisih pendapat ttg hukum penggunaan kad kredit ini yg mn ianya disimpulkan kpda tiga pendapat yg berbeza.

PENDAPAT PERTAMA : Haram berurus niaga dgn mggunakan kad kredit. Pendapat ini merupakan pndpt dr sbhgn kecil Ulama' diantaranya Doktor Abdul Wahab Abu Sulaiman melalui kajiannya ttg kad kredit ini.

Hujah mereka ttg pndpt ini ialah kad kredit ini merupakan salah satu pinjaman berfaedah atau bahasa mudahnya ialah riba. Ini semua terbukti apabila perkataan Kredit Kad itu sendiri menurut Istilah Ekonomi dan Undang2 Inggeris & Amerika mbawa maksud pinjaman. Ini kerana melalui akad kad kredit ini terdiri drpd pihak yg mberi pinjaman (vreditor) dan pihak yg meminjam (borrower). Jadi jelaslah di sini scra hakikatnya kad kredit ini lbh dikenali dgn kad pinjaman bknnya kad kredit sprti yg dikenali masa kini.

PENDAPAT KEDUA : Hukum pggunaan kad kredit ini ditentukan bdasarkan tujuan penggunaannya. Pendapat ini merupakan pndpt dr kebanyakan Ahli2 Feqah.

Hujah mereka ini terbahagi kpda 3 pendapat : Pertama - Jika penggunaan kad kredit ini diambil dr akaun simpanan si pemegang kad kredit sendiri melalui Auto Teller Machine maka hal ini di benarkan oleh syarak

Kedua - Jika kad kredit ini digunakan utk membeli apa jua brg keperluan atau pkhidmatan pada kadar deposit yg dimiliki oleh pemegang kad kredit maka akad ini dikira sbg akad belian dan nilai belian ini dipindahkan ke atas pihak bank (الحوالة) utk mbyrnya. Hal ini juga dibenarkan oleh syarak bdasarkan blhnya berlakunya proses
الحوالة

Ketiga - Jika pggunaan kad kredit ini digunakan selepas tempoh yg dibenarkan maka ianya dikira sbg pinjaman berfaedah dan pinjaman berfaedah ini dikira sbg riba yg diharamkan oleh syarak. Jika si pemegang kad kredit ini mmpu utk melangsaikan jmlah pggunaannya sblm tmpoh tersebut maka ianya dibenarkan oleh syarak krna dpt mengelakkan utk dikenakan faedah riba tersebut.

PENDAPAT KETIGA
berkaitan hukum penggunaan kad kredit ini ialah dibolehkan penggunaan kad kredit ini scra mutlak.

Hujah mengenai pndpt yg ketiga ini ialah tujuan penggunaan kad kredit ini tdk terkeluar dr landasan syarak. Ini dpt dibuktikan melalui hujah dr pndpt2 yg disebutkan di atas kecuali pd gambaran penggunaannya yg melebihi tmpoh yg dibenarkan yg mn pndpt diatas menyatakan ianya pinjaman berfaedah ttp pndpt ketiga ini menyatakan ialah salah satu dr akad المرابحة. Ini krna pihak bank msyaratkan kpda pemegang kad utk melakukan bayaran pendahuluan utk tujuan proses pembelian bdasarkan keuntungan dr brg tersebut.

Akibat dr pndpt yg berbagai ini para Fuqaha' masih tdk dpt meletakkan hukum yg ttp mengenai pggunaan kad kredit ini. Ianya bergntung kpda fungsi pgunaan kad kredit tersebut. Jika dpt dielakkan dr terjebak ke arah riba maka ianya dibolehkan syarak. Tetapi jika penggunaannya tdpt unsur2 yg dilarang oleh syarak maka penggunaan kad kredit ini juga dilarang sama sekali.

0 comments:

Post a Comment