Nasab Anak Jalanan

Apakah yang dimaksudkan dengan anak jalanan? Anak jalanan bermaksud anak2 yang mempunyai kegiatan ekonomi di jalanan, namun masih memiliki hubungan dengan keluarganya. Sebenarnya fenomena anak jalanan ini mula merebak di dalam arus masyarakat dunia hanya pada kurun2 terakhir kebelakangan ini. Dan menurut kadar statistik yang telah dilakarkan fenomena anak jalanan ini telah mencapai ke suatu tahap yang amat membimbangkan iaitu kira2 7 juta -10 juta orang yang mana jumlah ini hanya yang direkodkan di negara2 Arab sahaja. Daripada rekod tersebut 2 juta dari jumlah yang dinyatakan merangkumi anak2 jalanan yang terdapat di bumi Mesir. Ini merupakan statatistik lama yang dikeluarkan pada tahun 1999 oleh Pertubuhan Perlindungan Kanak2 iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan membuka mata rakyat dunia mengenai bahayanya isu anak jalanan ini. Secara hakikatnya, golongan anak jalanan akan menghadapi pelbagai isu dan konflik dalam meniti arus kehidupan masa kini dan diantara konflik yang mereka hadapi ialah konflik identiti diri mereka sendiri kerana mereka ini tidak pernah diasuh dan disemai sifat2 kebencian dan permusuhan kepada perkara2 buruk yang berlaku di dalam arus masyarakat dunia. Hal ini akan membuatkan golongan anak jalanan ini dijadikan "senjata pemusnah" oleh penjaga2 mereka untuk melibatkan diri di dalam aktiviti2 yang tidak bermoral kerana golongan anak jalanan ini tidak akan meratapi atau bersedih sama sekali walaupun sesuatu perkara itu merugikan hidup mereka. Ini juga akan membuka peluang kepada pengedar2 dadah, perompak, penyeludup senjata dan pengkhianat negara untuk menjadikan golongan anak jalanan ini sebagai hamba kepada aktiviti mereka seterusnya terjerumus ke dalam kancah jenayah dunia. Sesungguhnya keterlibatan anak2 jalanan di dalam kancah jenayah kini sudah mencapai ke
tahap darurat. Dan antara isu dan konflik yang paling penting yang dihadapi oleh golongan anak jalanan ini ialah isu nasab kepada individu2 yang tidak mengetahui asal usul keturunan dan nasab mereka. Ini kerana nasab merupakan hak dan kewajipan yang perlu ada bagi setiap individu agar dapat bersama2 menggalas tanggungjawab sama ada dari segi moral atau material. Nasab ini juga sebenarnya boleh diketahui melalui kaedah Deoxyribonucleic Acid (DNA) sepertimana diketahuinya nasab ini melalui hubungan yang dilakukan dan juga pengakuan. Anak2 jalanan yang mengetahui nasab mereka selalunya masih mempunyai ikatan dengan keluarga mereka walaupun mereka tinggal di jalanan namun masih berusaha mempertahankan hubungan kekeluargaan itu dengan cara pulang untuk melawat keluarga mereka secara berkala. Golongan ini dikenali sebagai "children on the street".Hubungan kekeluargaan yang termeterai ini tidak boleh disangkal sama sekali oleh mana2 pihak sekalipun berdasarkan dalil Al-Quran yang berbunyi :

قال الله تعالى : ادعوهم لآبائهم هو أقسط عند الله

ertinya : Panggillah anak2 angkat itu dengan ber 'bin' kan kepada bapa2 mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi Allah. Hal ini disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab yang menyebut :

من أقر بولده طرفة عين فليس له أن ينفيه

mafhumnya : Sesiapa yang mengakui seseorang individu itu ialah anaknya dengan sekelip mata, maka tidak boleh baginya untuk mengingkarinya. Tetapi bagi anak2 jalanan yang tidak mengetahui nasab mereka maka Ahli2 Feqah kontemporari berselisih pendapat mengenai nasab mereka itu khususnya selepas penemuan kepada kaedah DNA pada tahun 1985.

PENDAPAT PERTAMA : Nasab anak jalanan yang tidak mengetahui asal usul keturunan mereka ditentukan dengan cara pengakuan dari individu yang mendakwa anak jalanan tersebut adalah nasabnya. Jika tiada individu yang tampil untuk membuat pengakuan tersebut maka nasab mereka terletak kepada seluruh umat Islam dan anak2 jalanan ini ditukar nama mereka tanpa perlu dikhususkan kepada mana2 individu. Anak2 ini juga akan diserahkan kepada seorang individu yang mampu memelihara dan mendidik mereka agar menjadi insan yang berguna. Ini merupakan pendapat dari kebanyakan Ulama' yang berpegang dengan kata2 dari kebanyakan para ilmuan yang melarang menasabkan anak zina kepada si penzinanya.

Hujah bagi pendapat ini ialah sesungguhnya nasab dari segi syarak terletak kepada pengakuan dan dakwaan. Di dalam hal ini ayah kepada anak jalanan tersebut yang mengetahui bahawa dia merupakan ayah yang sah dari segi syarak diminta untuk mengaku bahawa anak itu adalah dari nasabnya. Ini kerana nasab merupakan suatu kehormatan kepada individu yang berhak ke atasnya dan disyaratkan dakwaan tersebut suatu dakwaan yang boleh diterima akal dan tidak boleh diterima sesuatu dakwaan itu hanya berdasarkan persamaan umur. Selain itu, menurut pendapat dari Jumhur Fuqaha' tidak disyaratkan bagi lelaki itu mensabitkan kebenaran dakwaannya dengan bukti bagi memudahkan urusan nasab. Tetapi menurut pendapat Hanafi dan Maliki yang masyhur tidak diterima suatu dakwaan itu kecuali disertakan dengan bukti sebagai kepastian. Adapun dakwaan dari golongan wanita Jumhur Fuqaha' berpendapat tidak diterima dakwaan mereka kecuali disertakan dengan bukti. Ini kerana jika wanita itu telah berkahwin ditakuti dakwaannya itu dinasabkan kepada individu yang lain. Tetapi menurut pendapat dari sebahagian dari Shafie, Hanbali dan Ibn Hazam Az-Zohiri diterima dakwaan dari wanita walaupun tidak disertakan dengan bukti sepertimana yang berlaku kepada golongan lelaki.

PENDAPAT KEDUA : Sesungguhnya nasab anak jalanan ini jika tidak dapat diketahui melalui dakwaan atau pengakuan, maka hendaklah dijalankan ujian DNA bagi sesiapa yang mengetahui asal usul anak jalanan tersebut walaupun lahirnya golongan anak jalanan ini bukan dari ikatan perkahwinan. Ini merupakan pendapat dari sebahagian Ahli Fiqh berdasarkan tafsiran dari kata2 yang membolehkan menasabkan anak zina kepada si penzina dan tafsiran dari Ijmak Ulama' yang menasabkan anak zina kepada ibunya.

Hujah bagi pendapat ini ialah sesungguhnya Ijmak Ulama' telah menetapkan dinasabkan anak zina itu kepada ibu yang melahirkannya berdasarkan dalil Al-Quran yang berbunyi :

قال تعالى : إن أمهاتهم إلا اللائي ولدنهن

maksudnya : Ibu2 mereka tidak lain hanyalah perempuan2 yang melahirkan mereka. Tetapi jika si ibu itu cuba mengelakkan diri dari nasab tersebut maka hendaklah dilakukan ujian DNA atau mensabitkan dengan bukti yang lain untuk mengetahui asal usul nasab keterunan tersebut. Hujah kedua bagi pendapat ini ialah kebanyakan dari Ahli Salaf berpendapat wajib menasabkan anak zina kepada si penzinanya jika diketahui identiti penzina tersebut kerana sesetengah dari golongan ini mengqiyaskan pendapat ini kepada wajib menasabkan anak zina kepada ibunya. Antara mereka yang berpendapat dengan pandangan ini ialah الشعبي ؛ إسحاق ؛ عروة ؛ سليمان بن يسار الحسن ؛ ابن سيرين dan sebahagian dari Maliki. Ini berdasarkan kata2 mereka yang berbunyi : " Jika si penzina itu tidak mengakui anak yang lahir itu secara sukarela maka hendaklah dipaksa agar dia mengakuinya seterusnya menggalas tanggungjawab untuk membesar dan mendidik anak tersebut". Dan hal ini juga dikuatkan lagi dengan ayat Al-Quran yang berbunyi :

قال تعالى : ادعوهم لآبائهم هو أقسط عند الله فإن لم تعلموا آباءهم فإخوانكم في الدين ومواليكم وليس عليكم جناح فيما أخطأتم به ولكن ما تعمدت قلوبكم وكان الله غفورا رحيما

mafhumnya : Panggillah anak2 angkat itu dengan ber 'bin' kan kepada bapa2 mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa2 mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara2 kamu yang seAgama dan juga sebagai waris2 kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya tetapi yang dikira berdosa itu perbuatan yang disengajakan oleh hati kamu untuk melakukannya dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Secara hakikatnya kesalahan dalam menentukan nasab itu lebih ringan berbanding dengan individu yang langsung tiada nasab. Ini kerana nasab itu bukanlah satu kemuliaan yang besar jika dibandingkan dengan tanggungjawab yang ada padanya.

Jadi jelaslah di sini isu nasab bagi anak2 jalanan merupakan suatu isu yang telah lama diperbincangkan tetapi selepas mana kemajuan di dalam bidang perubatan yang membawa kepada penemuan kepada kaedah ujian DNA dan situasi2 sosial yang berlaku di dalam arus masyarakat membuktikan bahayanya isu yang dibicarakan ini. Terbuktilah dengan keperluan masyarakat masa kini dalam usaha untuk menyelamatkan anak2 jalanan ini walaupun terpaksa melalui lorong2 yang salah yang tidak diakui dalam menentukan nasab golongan ini menuntut kepada pembaharuan kepada kajian dan penerangan Fiqh yang lebih mendalam mengenai isu ini. Di samping itu percanggahan pendapat yang menghukum penzina dengan mengharamkannya pada nasab sedangkan ianya merupakan pendapat yang menghukum anak2 yang tidak berdosa demi mengelakkan pelaku jenayah itu dari tanggungjawab nafkah dan penjagaan anak tersebut menuntut kepada usaha dan pandangan yang jitu dari Ulama'2 Fiqh dalam menyelesaikan isu ini. Tetapi pendapat yang dipilih mengenai isu yang kita bincangkan ini ialah pendapat yang kedua iaitu nasab anak2 jalanan ini jika tidak dapat dibuktikan melalui pendakwaan dari individu yang terlibat maka hendaklah dibuktikan melalui kaedah DNA atau kaedah2 yang lain yang boleh mensabitkan nasab tersebut agar golongan2 yang tidak bermoral ini tidak dapat lari dari menunaikan kewajipan kepada nasab dan keturunannya sendiri. Hal ini berpandukan kepada kaedah Fiqh yang menyebut "menjadi tanggungjawab yang di ikut itu berdasarkan segala perbuatan pengikutnya".

0 comments:

Post a Comment